Saban tahun, bersempena dengan Hari
Penglihatan Sedunia yang disambut pada tanggal 8 Oktober adalah bertujuan
untuk menerapkan kesedaran mengenai buta dan masalah kejejasan penglihatan.
Ramai
yang tidak tahu dan mengambil remeh berkenaan penjagaan deria mata. Bahkan,
itulah penyebab utama yang membuatkan seseorang menjadi rabun dan perlu memakai
kaca mata atau kanta lekap sebagai bantuan penglihatan.
Seperti
mana-mana otot lain yang ada pada tubuh badan kita, mata kita juga memerlukan
senaman secara berperingkat agar fungsi kesihatannya juga terjaga.
Disini,
Transition mengesyorkan 5 langkah senaman mudah yang bisa anda amalkan agar
mata anda dapat berfungsi secara optimal dengan sempurna.
#1 Merenung Kegelapan
Letakkan
kedua siku anda di atas meja. Selepas itu, telungkupkan tapak tangan kiri
anda diatas mata kiri manakala tapak tangan kanan diatas mata kanan. Pastikan
jari-jemari tangan kanan ditindih oleh jari-jemari tangan sebelah kiri. Ikut
keselesaan anda. Buka mata sambil renung kedalam kegelapan. Relaks dan
kekal pada posisi selama 1-3 minit.
#2 Pergerakan Mata Dari Sisi Ke Sisi
Berdiri
atau duduk dengan tegak. Pandang lurus kehadapan. Tanpa menggerakan kepala,
biarkan hanya bola mata anda yang bergerak ke kiri. Gerakan sehingga hujung dan
fokus kepada objek yang anda lihat. Lakukan pergerakan yang sama dari sisi ke
sisi sebanyak lima (5) kali. Ulang kitaran pergerakan tiga (3) kali.
#3 Pergerakan Mata Keatas & Kebawah
Duduk
dalam posisi yang tegak dan selesa. Pandang lurus kehadapan. Setelah itu, sila
pandang keatas dan fokus apa yang ada lihat. Jangan dongak kepala anda, biar
bola mata sahaja yang bergerak. Sekarang, pandang kebawah pula. Jangan takut
untuk membiarkan dahi anda berkedut atau berkerut seketika kerana senaman ini
adalah baik untuk mata anda. Pandang keatas dan kebawah selama lima (5) minit.
Ulang kitaran senaman ini sebanyak tiga (3) kali.
#4 Gerakan Mata Anda Secara Menyerong
Lagi
sekali, pandang lurus kehadapan. Pandang kebawah dan gerakkan perlahan-lahan
bola mata anda kesebelah kiri. Setelah itu, gerakan pula bola mata anda keatas
dan ke kiri. Fokus kepada apa yang anda lihat. Ulang senaman ini sebanyak lima
(5) kali, dan pandang semula kehadapan semula sebelum anda beralih kepada mata
sebelah kanan pula. Ulang kitaran pergerakan senaman sebanyak tiga (3) kali.
#5 Pergerakan Putaran Bulat Untuk Mata
Duduk
tegak dan selesa. Pandang ke sebelah kiri dan gerakan bola mata anda dalam arah
putaran bulat mengikut arah putaran jam. Untuk lakukan ini, pandang keatas dan
perlahan-lahan gerakan mata anda kearah putaran jam dan pandang pula kebawah,
gerakan mata anda sama seperti tadi (mengikut arah putaran jam) dan terus
pandang ke kanan. Lakukan pusingan bola mata mengikut arah jam sebanyak lima
(5) kali dan pusingan melawan arah jam juga sebanayk (lima) 5 kali. Ulang
kitaran pergerakan senaman ini sebanyak tiga (3) kali.
Kongsi
ilmu senaman ini bersama keluarga dan kenalan anda agar kita sama-sama dapat
menjaga kesihatan mata!
Selamat
Mencuba!
0 comments:
Post a Comment