Jangan HISAP Tempat Patukan Ular Untuk Keluarkan Bisa. Ini
Perkara Wajib Dilakukan Jika Dipatuk Ular !!!
Fakta
penting tentang gigitan ular dan prosedur rawatan. Hanya 18 daripada 140 spesis
ular darat di Malaysia yang berbisa. Jika sekalipun anda digigit oleh ular yang
berbisa, tidak semestinya ia menyebabkan kemudaratan pada nyawa kerana majoriti
gigitan ular adalah ‘dry bites’ (patuk dan lari).
Majoriti
kes gigitan ular, mangsa gagal mengecam spesis ular secara pasti. Juga, banyak
spesis ular yang kelihatan seperti ular berbisa tetapi hakikatnya ia tidak
berbisa.
Tidak semua
gigitan ular akan dirawat dengan ubat antivenom. Antivenom mempunyai kadar
alahan/anaphylaxis yang tinggi hingga boleh menyebabkan kematian! Pemberian
antivenom perlu mematuhi kriteria envenomasi (envenomation) ketat yang telah
ditetapkan oleh pakar-pakar dunia.
Setiap kes
gigitan ular akan dirujuk kepada Pakar Perubatan Kecemasan atas panggilan (on
call) negeri masing-masing meskipun berada di hospital terpencil. Pesakit akan
berada di bawah pemerhatian doktor untuk melihat tanda-tanda bisa yang merebak
dengan teliti.
Sangkaan
bahawa hanya ubat tahan sakit saja diberikan dan pesakit terbiar adalah sama
sekali tidak benar dan mustahil kerana sudah ada protokol spesifik yang
ditetapkan apabila menghadapi kes gigitan ular. Masyarakat cuma lihat
seolah-olah pesakit terbiar dan kakitangan hospital kunyah kuaci sedangkan
pesakit sudahpun melalui perkara-perkara berikut.
- dimasukkan ke dalam zon semi-kritikal atau kritikal (bergantung kepada keseriusan kesan gigitan) untuk tujuan penilaian dan rawatan.
- dilihat oleh doktor, dipantau dan diperiksa dengan teliti bagi melihat jika pesakit mempunyai manifestasi toksik kepada sistem saraf (neurotoxicity), toksik kepada darah (hematotoxicity) mahupun toksik kepada otot (myotoxicity) yang mungkin memerlukan rawatan agresif.
- ujian darah sudah diambil dan dihantar ke makmal dan akan dilakukan pengulangan bersiri.
- kesan patukan sudah dicuci dan ditanda bagi melihat jika bengkaknya semakin merebak.
- konsultasi secara langsung telah dilakukan dengan Pakar Perubatan Kecemasan atas panggilan dan strategi langkah rawatan selanjutnya akan dirangka oleh pakar serta akan dilaksanakan oleh pegawai perubatan secara sistematik dan selamat.
- rawatan antivenom boleh diberikan sekiranya ada indikasi jelas (sistemik/seluruh badan atau di kawasan terdedah pada tahap yang serius) dan jenis antivenom akan ditentukan oleh Pakar Perubatan Kecemasan secara amat berhati-hati. Ini adalah kerana rawatan antivenom itu sendiri mempunyai risiko komplikasi yang amat tinggi!
Respons sekiranya anda dipatuk ular
Pertama
sekali anda mestilah bertenang. Jangan panik! Pastikan anda menjauhi ular
tersebut dan cari tempat yang selamat. JANGAN PANIK! Hanya 18 dari 140 spesies
ular Malaysia yang berbisa! Dan jika pun anda dipatuk oleh ular yang berbisa
tidak semestinya ia menyebabkan kematian kerana majoriti dari gigitan ular
adalah ‘dry bites’.
Pada masa
yang sama, cuba cam kan rupa, ciri-ciri dan warna ular tersebut bagi tujuan
pengesahan spesies di hospital nanti. Di era moden ini, sila ambil gambar ular
tersebut dengan telefon pintar anda.
Jangan
mengikut adegan dalam cerita Hindi atau Tamil dengan memotong atau menghisap
tempat gigitan ular tersebut! Ia sama sekali tidak membantu malah boleh
menyebabkan kecederaan tisu menjadi lebih teruk! Juga boleh menyebabkan bisa
ular merebak dgn lebih cepat di dalam tubuh pesakit akibat dikulum ganas oleh
anda. Bisa ular di dalam badan mangsa akan segera merebak ke dalam saluran
limfa dan adalah mustahil untuk manusia menyedutnya semula.
Dapatkan
bantuan segera. Anda boleh membuat panggilan kecemasan ke talian 999 untuk
tujuan ini. Jika anda mempunyai rakan atau saudara dan tidak mahu menunggu,
segera pergi ke hospital terdekat dengan anda.
Kurangkan
pergerakkan pada anggota yang dipatuk ular. Memasang anduh atau splint utk
mengurangkan pergerakkan adalah amat membantu.
Jangan ikat
atau pasang torniquet pada anggota badan yg dipatuk ular! Ia tidak membantu
merencatkan penyebaran bisa ular. Malah ia menambahkan kesakitan dan jika
dibiarkan terlalu lama boleh merosakkan anggota yg terlibat akibat sekatan
bekalan darah!
Kurangkan
pergerakkan mangsa seminima yang boleh. Kekal bertenang sepanjang masa. Ini
adalah penting kerana degupan jantung yg laju dan pergerakkan badan yg
keterlaluan akan menyebabkan merebaknya bisa lebih pantas dan mungkin
menyebabkan ganguan sistemik. Atas sebab ini juga elakkan pesakit terdedah
kepada agen-agen yang boleh mempercepatkan degupan jantung seperti minum kopi,
minuman beralkohol dan rokok.
Cuci luka
patukan ular itu dengan air yang bersih tanpa menyental atau menggosok-gosok
lukanya. Juga, anggota yang dipatuk ular berkemungkinan akan bengkak akibat
bisa ular tersebut. Oleh itu tanggalkan cincin, jam tangan, gelang dan
lain-lain yang mungkin akan tersangkut kelak akibat bengkak yang keterlaluan.
Ini juga akan mengganggu pengaliran darah.
Jika ular
sudah dibunuh, boleh bawa bangkai ular tersebut ke hospital bagi tujuan
pengecaman spesies. Ini adalah penting bagi memastikan anti-venom yg tepat
dapat diberikan seandainya perlu. Harus diingat, berhati-hati menguruskan
bangkai ular tersebut. Walau ia telah mati, kita masih boleh terdedah kepada
bisanya seandainya jari kita tertusuk pada taring ular tersebut. Rawatan lanjut
akan diberi oleh Pakar Perubatan Kecemasan di Hospital anda.
Tidak
semestinya setiap gigitan ular memerlukan ubat Antivenom! DIGIGIT ULAR TIDAK BERMAKNA WAJIB
MENERIMA ANTIVENOM!!!
Antivenom
perlu diberikan hanya pada kes-kes yang memenuhi kriteria ketat envenomasi
(sistemik/seluruh badan atau di kawasan terdedah pada tahap yang serius). Ini
adalah kerana antivenom itu sendiri mempunyai risiko komplikasi dan kesan
sampingan terhadap pesakit dan tidak boleh diberikan sebarangan.
Keputusan
memberikan ubat antivenom ini hanya akan dilakukan oleh Pakar Perubatan
Kecemasan setelah dinilai dengan teliti berdasarkan ilmu dan pengalaman mereka
bagi mengurangkan risiko seminima mungkin buat mangsa gigitan ular.
Sumber:- Dr
Abdul Rahman Abdul Kadir
0 comments:
Post a Comment