online market place

Alergi Mata

Konjunktivitis Alergi

Anak anda kerap mengadu gatal mata dan seringkali dilihat mengosok mata dan hidungnya dengan kuat? Selalu mempunyai mata berair dan merah, bersin berulang-ulang kali serta mempunyai hidung yang berair? Ini mungkin merupakan tanda-tanda anak anda mungkin mengidap konjunktivitis alergi.

Konjunktivitis alergik merupakan masalah yang agak biasa masa kini. Ramai yang mengidapnya tidak kira usia dan jantina. Semakin ramai kanak-kanak mempunyai masalah ini.

Punca berlakunya konjunktivitis alergi ini adalah pelbagai. Antara faktor penyumbang adalah persekitaran (habuk, asap, pollen), makanan tertentu, sensitiviti pada ubat-ubatan  dan cuaca. Kesemua ini boleh menyebabkan kanak-kanak yang alah mengalami mata merah dan gatal.

Bahagian mata yang selalunya terlibat adalah kelopak mata dan konjuktiva. Konjunktiva adalah satu lapisan membran yang menyelaputi keseluruhan mata dan bahagian dalam kelopak mata. Inflamasi yang berlaku pada bahagian konjunktiva mata yang berpunca dari masalah alergi dikenali sebagai konjuntivitis alergi.

Alergi berlaku apabila sistem badan bereaksi menentang sesuatu bahan yang dikenali sebagai bendasing dan mencuba menyingkirkannya dari sistem badan. Oleh itu reaksi alergi adalah sangat penting dan berfungi sebagai salah satu sistem pertahanan badan. Bila alergi pada sesuatu bahan berlaku , badan akan mengeluarkan histamine (satu bahan kimia)  sebagai satu respon terhadap reaksi alergi. Histamin ini yang akan bertanggungjawab menyebabkan mata berair, gatal dan lain lain tanda alergi.

Simptom alergi sangat senang untuk dikenalpasti dan ianya boleh terjadi dari usia sekecil bayi hinggakan orang tua. Walaubagaimanapun kanak-kanak lebih senang mendapat alergi berbanding dengan orang dewasa.



Bahan yang menyebabkan alergi dipanggil sebagai alergen. Alergen paling mudah ditemui dipersekitaran kita. Kanak-kanak mudah mendapat reaksi alergi jika sentiasa terdedah pada persekitaran berhabuk dan berdebu ataupun tangan yang memegang benda kotor dan berbakteria boleh menjadi medium perantaraan seperti rumput, tanah, pasir, bunga-bungaan dan sebagainya. Penyakit sistemik seperti asthma boleh menyebabkan alergi yang agak nyata pada mata dan tandanya jelas apabila pemeriksaan lampu slit biomikroskopi dilakukan di bahagian bawah kelopak mata.

Tanda yang jelas bagi seseoang yang mengalami konjunktivitis alergi adalah kelopak matanya mengalami kemerahan pada bahagian palpebral konjuntiva atas dan bawah. Palpebral konjunktiva bagi seorang yang normal berwarna merah jambu pucat. Kelopak mata bawah dan atas juga boleh menjadi bergerutu atau disebut sebagai papila dimana ianya boleh digredkan mengikut darjah keterukannya. Gred 4 akan menunjukkan papila berada di tahap serius manakala Gred 1 adalah keadaan awal berlakunya papila. Sekiranya ianya dibiarkan dan tidak dirawat, ianya boleh menjadi bertambah teruk dan biasanya pesakit akan berasa tidak selesa yang amat sangat.

Adalah agak biasa bagi pengidap alergi konjuktivitis mengadu bahagian matalah yang paling gatal terutamanya diwaktu malam. Ketika ini mata akan terasa berair, merah dan hangat. Adakalanya ianya diikuti dengan discaj nanah, lendir yang mana boleh menyebabkan kekaburan penglihatan.

Konjunktivitis alergi boleh terjadi secara akut (tiba-tiba dan sementara) ataupun secara kronik (berpanjangan)


Alergik konjunktivitis akut biasanya terjadi mengikut musim. Ianya bersifat  tiba-tiba tetapi sementara. Tetapi ianya boleh menjadi teruk sekiranya tak dirawat. Biasanya ianya datang bersama alergik pada bahagian hidung.

Alergik konjukivitis kronik pula bersifat berpanjangan dan tidak bermusim. Ianya jarang berlaku tetapi darjah keterukkannya adalah lebih tinggi dari jenis akut. Ianya disebabkan oleh alergen yang berpunca dari pendedahan berterusan seperti habuk dan makanan. Bagi jenis ini, inflamasi jarang berlaku namun pesakit tetap berasa gatal dan panas dan juga sensitif pada cahaya.

Cara pengesanan

Optometrist (Pakar penjagaaan mata) atau oftalmologis (Pakar Mata) boleh memeriksa dan membuat diagnosis awal tentang masalah ini berdasarkan pemeriksaan fizikal dan riwayat perubatab keluarga. Juga dari simptom yang diadukan dan tanda yang dilihat pada pesakit. Kebiasaanya pesakit juga mengalami alergi pada bahagian lain badan seperti kulit.

Pesakit boleh dibawa berjumpa pakar alergi untuk mengesan substan yang menyebabkan punca alergik. Ianya boleh dilakukan  dengan menggunakan ujian kulit dan juga ujian darsh.

Cara Rawatan

Kaedah paling baik untuk mengurangkan atau mengurangkan dedahan terhadap alergen. Dengan menjauhi dadah tertentu, ubat-ubatan atau makanan, konjuktivitis alergi dapat dielakkan.

Untuk mata yang sangat gatal, ubatnya adalah dengan melakukan kompresi sejuk iaitu mengguna air sejuk atau ais untuk ditekup dibahagian mata yang gatal. Rasa sejuk dari ais tersebut boleh menjadikan salur darah mengecut kembali. Terdapat sesetengah ubatan atau ubat titis yang boleh melegakan  mata yang gatal buat sementara. Ada ubatan yang mengabungkan  antihistamin (anti-gatal) dan vasokonstriktor (ubat untuk menyempitkan semula salur darah). Adakalanya penggunaan setroid terpaksa diberikan sebagai ubat titis tambahan. Walaubagaimanapun penggunaan steroid berpanjangan boleh meningkatkan risiko katarak dan glaukoma pada sesetengah pesakit.

Penggunaan pembersih mata (seperti lidcare atau teknik lid brushing) mampu melegakan rasa gatal. Ianya selalu digabungkan dengan ubat-ubatan yang lain untuk meningkatkan keselesaan pesakit.

Bagi melegakan mata yang terasa hangat, titisan air mata gantian tanpa pengawet biasanya boleh digunakan untuk melembabkan kembali keadaan okular. Paling penting anda harus memantau anak anda supaya mereka tidak menggosok kelopak mata secara kasar akibat kegatalan. Ini adalah kerana mata yang terlalu banyak kali digosok boleh menyebabkan calar, edema dan luka. Sekiranya ianya berlarutan, anak anda mungkin mempunyai risiko mengidap penyakit keratokonus pada usia 16 tahun. Keratokonus merupakan satu keadaan di mana kornea mempunyai permukaan yang tidak rata dimana bahagian puncaknya mungkin menjadi makin menipis akibat sentiasa digosok. Ianya adalah kerosakan yang nyata pada kornea dan hanya kaedah rawatan kanta sentuh keras sahaja yang dapat menolong ataupun transplan kornea.

Teknik Lid Brushing

(Teknik ini boleh digunapakai untuk bayi, kanak-kanak dan dewasa. Teknik ini juga boleh dijadikan amalan bulanan)

Gunakan putik kapas yang berkualiti dan rendamkan kedalam bancuhan shampoo bayi yang tak memedihkan mata (1 bahagian shampoo ditambah dengan 3 bahagian air). Gosok bulu mata seolah-olah menyikat bulu mata. Tumpukan perhatian pada bahagian akar bulu mata (paling banyak habuk berkumpul). Gosok satu arah. Kemudian oleskan putik kapas itu pada garisan mata atas dan bawah (bahagian yang selalu dipakai celak mata). Ulang untuk beberapa minit. Gunakan putik kapas lain untuk mata yang satu lagi.








Dr Haliza Abdul Mutalib
Prof Madya dan Pakar Optometris
Program Optometri dan Sains Penglihatan
Fakulti Sains Kesihatan 
Universiti Kebangsaan Malaysia


Share:

Perkara wajib tahu jika di patuk ular (Snake Bite)

Jangan HISAP Tempat Patukan Ular Untuk Keluarkan Bisa. Ini Perkara Wajib Dilakukan Jika Dipatuk Ular !!!

Fakta penting tentang gigitan ular dan prosedur rawatan. Hanya 18 daripada 140 spesis ular darat di Malaysia yang berbisa. Jika sekalipun anda digigit oleh ular yang berbisa, tidak semestinya ia menyebabkan kemudaratan pada nyawa kerana majoriti gigitan ular adalah ‘dry bites’ (patuk dan lari).
Majoriti kes gigitan ular, mangsa gagal mengecam spesis ular secara pasti. Juga, banyak spesis ular yang kelihatan seperti ular berbisa tetapi hakikatnya ia tidak berbisa.
Tidak semua gigitan ular akan dirawat dengan ubat antivenom. Antivenom mempunyai kadar alahan/anaphylaxis yang tinggi hingga boleh menyebabkan kematian! Pemberian antivenom perlu mematuhi kriteria envenomasi (envenomation) ketat yang telah ditetapkan oleh pakar-pakar dunia.
Setiap kes gigitan ular akan dirujuk kepada Pakar Perubatan Kecemasan atas panggilan (on call) negeri masing-masing meskipun berada di hospital terpencil. Pesakit akan berada di bawah pemerhatian doktor untuk melihat tanda-tanda bisa yang merebak dengan teliti.
Sangkaan bahawa hanya ubat tahan sakit saja diberikan dan pesakit terbiar adalah sama sekali tidak benar dan mustahil kerana sudah ada protokol spesifik yang ditetapkan apabila menghadapi kes gigitan ular. Masyarakat cuma lihat seolah-olah pesakit terbiar dan kakitangan hospital kunyah kuaci sedangkan pesakit sudahpun melalui perkara-perkara berikut.
  1. dimasukkan ke dalam zon semi-kritikal atau kritikal (bergantung kepada keseriusan kesan gigitan) untuk tujuan penilaian dan rawatan.
  2. dilihat oleh doktor, dipantau dan diperiksa dengan teliti bagi melihat jika pesakit mempunyai manifestasi toksik kepada sistem saraf (neurotoxicity), toksik kepada darah (hematotoxicity) mahupun toksik kepada otot (myotoxicity) yang mungkin memerlukan rawatan agresif.
  3. ujian darah sudah diambil dan dihantar ke makmal dan akan dilakukan pengulangan bersiri.
  4. kesan patukan sudah dicuci dan ditanda bagi melihat jika bengkaknya semakin merebak.
  5. konsultasi secara langsung telah dilakukan dengan Pakar Perubatan Kecemasan atas panggilan dan strategi langkah rawatan selanjutnya akan dirangka oleh pakar serta akan dilaksanakan oleh pegawai perubatan secara sistematik dan selamat.
  6. rawatan antivenom boleh diberikan sekiranya ada indikasi jelas (sistemik/seluruh badan atau di kawasan terdedah pada tahap yang serius) dan jenis antivenom akan ditentukan oleh Pakar Perubatan Kecemasan secara amat berhati-hati. Ini adalah kerana rawatan antivenom itu sendiri mempunyai risiko komplikasi yang amat tinggi!

Respons sekiranya anda dipatuk ular
Pertama sekali anda mestilah bertenang. Jangan panik! Pastikan anda menjauhi ular tersebut dan cari tempat yang selamat. JANGAN PANIK! Hanya 18 dari 140 spesies ular Malaysia yang berbisa! Dan jika pun anda dipatuk oleh ular yang berbisa tidak semestinya ia menyebabkan kematian kerana majoriti dari gigitan ular adalah ‘dry bites’.
Pada masa yang sama, cuba cam kan rupa, ciri-ciri dan warna ular tersebut bagi tujuan pengesahan spesies di hospital nanti. Di era moden ini, sila ambil gambar ular tersebut dengan telefon pintar anda.
Jangan mengikut adegan dalam cerita Hindi atau Tamil dengan memotong atau menghisap tempat gigitan ular tersebut! Ia sama sekali tidak membantu malah boleh menyebabkan kecederaan tisu menjadi lebih teruk! Juga boleh menyebabkan bisa ular merebak dgn lebih cepat di dalam tubuh pesakit akibat dikulum ganas oleh anda. Bisa ular di dalam badan mangsa akan segera merebak ke dalam saluran limfa dan adalah mustahil untuk manusia menyedutnya semula.
Dapatkan bantuan segera. Anda boleh membuat panggilan kecemasan ke talian 999 untuk tujuan ini. Jika anda mempunyai rakan atau saudara dan tidak mahu menunggu, segera pergi ke hospital terdekat dengan anda.
Kurangkan pergerakkan pada anggota yang dipatuk ular. Memasang anduh atau splint utk mengurangkan pergerakkan adalah amat membantu.
Jangan ikat atau pasang torniquet pada anggota badan yg dipatuk ular! Ia tidak membantu merencatkan penyebaran bisa ular. Malah ia menambahkan kesakitan dan jika dibiarkan terlalu lama boleh merosakkan anggota yg terlibat akibat sekatan bekalan darah!
Kurangkan pergerakkan mangsa seminima yang boleh. Kekal bertenang sepanjang masa. Ini adalah penting kerana degupan jantung yg laju dan pergerakkan badan yg keterlaluan akan menyebabkan merebaknya bisa lebih pantas dan mungkin menyebabkan ganguan sistemik. Atas sebab ini juga elakkan pesakit terdedah kepada agen-agen yang boleh mempercepatkan degupan jantung seperti minum kopi, minuman beralkohol dan rokok.
Cuci luka patukan ular itu dengan air yang bersih tanpa menyental atau menggosok-gosok lukanya. Juga, anggota yang dipatuk ular berkemungkinan akan bengkak akibat bisa ular tersebut. Oleh itu tanggalkan cincin, jam tangan, gelang dan lain-lain yang mungkin akan tersangkut kelak akibat bengkak yang keterlaluan. Ini juga akan mengganggu pengaliran darah.
Jika ular sudah dibunuh, boleh bawa bangkai ular tersebut ke hospital bagi tujuan pengecaman spesies. Ini adalah penting bagi memastikan anti-venom yg tepat dapat diberikan seandainya perlu. Harus diingat, berhati-hati menguruskan bangkai ular tersebut. Walau ia telah mati, kita masih boleh terdedah kepada bisanya seandainya jari kita tertusuk pada taring ular tersebut. Rawatan lanjut akan diberi oleh Pakar Perubatan Kecemasan di Hospital anda.
Tidak semestinya setiap gigitan ular memerlukan ubat Antivenom! DIGIGIT ULAR TIDAK BERMAKNA WAJIB MENERIMA ANTIVENOM!!!
Antivenom perlu diberikan hanya pada kes-kes yang memenuhi kriteria ketat envenomasi (sistemik/seluruh badan atau di kawasan terdedah pada tahap yang serius). Ini adalah kerana antivenom itu sendiri mempunyai risiko komplikasi dan kesan sampingan terhadap pesakit dan tidak boleh diberikan sebarangan.
Keputusan memberikan ubat antivenom ini hanya akan dilakukan oleh Pakar Perubatan Kecemasan setelah dinilai dengan teliti berdasarkan ilmu dan pengalaman mereka bagi mengurangkan risiko seminima mungkin buat mangsa gigitan ular.
Sumber:- Dr Abdul Rahman Abdul Kadir


Share:

masalah rambut gugur

 Antara Petua - Petua Kurangkan Rambut Gugur 



Petua Kurangkan Rambut Gugur. Setiap orang baik lelaki atau wanita pasti pernah mengalami masalah rambut gugur. Dalam sehari, rambut normal kehilangan 100 helai rambut. Tetapi bila berlebihan, maka boleh jadi ada alasan perubatan yang menjadi penyebab rambut gugur dan ia boleh menandakan adanya suatu penyakit yang tak terduga.
Petua Kurangkan Rambut Gugur. Setiap orang baik lelaki atau wanita pasti pernah mengalami masalah rambut gugur. Dalam sehari, rambut normal kehilangan 100 helai rambut. Tetapi bila berlebihan, maka boleh jadi ada alasan perubatan yang menjadi penyebab rambut gugur dan ia boleh menandakan adanya suatu penyakit yang tak terduga.

Adapun dari penyebab kerontokan rambut itu antara lain sebagai berikut:

  • Pengambilan pemakanan yang kurang baik boleh mencetuskan helai rambut tubuh menjadi lebih tipis dan rapuh sehingga terdedah menghadapi keguguran. Salah satu contoh pemakanan yang bila tidak mencukupi keperluan boleh menyebabkan rambut gugur adalah zinc.
  • Bila Anda lelaki, maka masalah yang sedang Anda hadapi boleh jadi kerana adanya kadar hormon DHT berlebihan. Hormon DHT (dihydrotestosterone) membuat rambut makin nipis dan tumbuh lebih pendek dari umumnya.
  • Kesan daripada kemoterapi. Keadaan ini akan puluh seperti semula selepas beberapa bulan berhenti menjalani kemoterapi.
  • Kesan sampingan ubat yang biasa dipakai untuk menangani kemurungan, arthritis, sakit jantung, dan tekanan darah tinggi.
  • Pengaruh penyakit yang menyerang folikel rambut atau tempat tumbuhnya akar rambut. Beberapa penyakit yang boleh menyebabkan keguguran diantaranya lichen planus, lupus eritematosus diskoid, scleroderma, dan folliculitis decalvans.



Petua Kurangkan Rambut Gugur Dengan Rawatan Alami



Pilihlah cara semula jadi untuk merawat rambut gugur sebab selain lebih aman, Anda juga bisa lebih jimat wang dengan tidak membeli produk pengelak rambut gugur. Bagaimana petua yang boleh Anda cuba?

1. Lidah Buaya


Petua pertama untuk menghilangkan masalah rambut gugur yang boleh anda cuba adalah memakai lidah buaya. Tanaman ini sudah begitu familiar di tengah masyarakat kerana adanya manfaat luar biasa seperti untuk masalah keguguran rambut. Lidah buaya kerap menjadi bahan utama dari pembuatan produk penjagaan rambut, mungkin Anda sendiri memilikinya.

Berikut panduan pemakaian lidah buaya untuk rambut gugur:

  1. Ambil satu batang lidah buaya, lalu potong bahagian tengahnya.
  2. Lendir lidah buaya Anda ambil, kemudian pakailah untuk mencuci rambut ketika mandi.
  3. Urut kulit kepala dan ratakan semua lendir lidah buaya pada rambut, tunggu kurang lebih lima minit.
  4. Bersihkan rambut Anda dengan melakukan keramas hingga rambut tidak melekat.


2. Minyak Kelapa



Selain lidah buaya, ada juga bahan semula jadi yang boleh dipakai untuk merawat rambut gugur, iaitu minyak kelapa. Minyak kelapa dapat menutrisi rambut dari dalam sehingga mampu memberi kesan rambut berkilat dan menjadikan ia lebih sihat. Minyak kelapa adalah kondisioner semula jadi yang dapat mencegah pertumbuhan rambut rosak.

Untuk mengatasi rambut gugur pakai minyak kelapa, Anda boleh mengikuti panduan berikut:

  1. Gunakan minyak kelapa ke rambut hingga mengenai seluruh kulit kepala.
  2. Urut kulit kepala pakai tangan selama beberapa minit.
  3. Bilas rambut dengan cara keramas.


Mengurut juga membantu peredaran darah menjadi lebih lancar.

3. Minyak Zaitun



Masih berkaitan dengan bahan yang berbentuk cecair, minyak zaitun juga telah terbukti mampu atasi rambut gugur. Adapun manfaat dari minyak zaitun antara lain sebagai anti-bakterial alami untuk rambut yang boleh mengurangkan kerosakan akibat bahan kimia pada kondisioner atau pewarna rambut.

Untuk perawatan rambut rontok semulajadi, Anda bisa mengikuti panduan berikut:

  1. Sediakan minyak zaitun extra virgin, bila belum punya boleh beli dahulu.
  2. Kemudian di sore hari selepas mandi, Anda boleh menggunakan minyak zaitun secara langsung.
  3. Bila ingin lebih efektif, Anda boleh mencampurkan dua sudu makan minyak zaitun dengan minyak kelapa, lalu gunakan untuk mengusap kulit kepala.
  4. Urut kepala kurang lebih 10 minit secara perlahan.
  5. Tutupi rambut dengan topi mandi hingga pagi hari, ini bertujuan untuk memberi masa bagi kedua-dua minyak menyebarkan kandungan nutrisinya ke dalam folikel rambut.
  6. Di pagi hari, cuci rambut dengan syampu ringan kandungan.


4. Limau Nipis


Penyelesaian untuk merawat rambut gugur keempat adalah memakai limau nipis yang biasa kita jadikan ubat pelega batuk. Limau nipis sarat akan vitamin C yang mana menjadi antioksidan untuk membantu menjaga daya tahan tubuh.

Panduan meracik ubat rambut gugur dari jeruk nipis bisa adalah sebagai berikut:

  1. Ambil dua atau tiga buah limau nipis, dipotong-potong menjadi beberapa bahagian.
  2. Peras tiap bahagian dan kumpulkan hasil perasan di dalam mangkuk.
  3. Gunakan air perasan jeruk nipis pada kulit kepala dan rambut secara menyeluruh.
  4. Bungkus kepala pakai shower cap atau tuala hingga waktu pagi tiba.
  5. Bilas rambut selepas Anda bangun tidur di pagi hari.


5. Minyak Kemiri


Banyak lelaki yang memakai minyak kemiri untuk menumbuhkan misai dan janggut. Tetapi siapa kira kalau minyak kemiri juga boleh dipakai untuk memberi rawatan pada rambut gugur. Hal ini telah dibuktikan banyak masyarakat luar bandar yang mempunyai rambut subur dan tidak bermasalah selepas rutin memakai minyak kemiri.

Penggunaan minyak kemiri untuk atasi rambut gugur sama seperti sebelum ini, tinggal diusap ke rambut secara merata lalu dibersihkan selepas melakukan urutan. Bila Anda punya keinginan untuk menumbuhkan jambang, misai, atau janggut, maka cara pemakaiannya cukup dengan mengoleskan pada kawasan yang diingini.

6. Teh Hijau


Pernah minum teh hijau? Rasanya nikmat dan menyenangkan. Teh hijau ini ternyata boleh juga dipakai sebagai petua merawat rambut gugur. Panduannya tidak perlu dinyatakan secara terperinci, kerana memang mudah sekali penggunaannya. Anda hanya perlu bancuh teh hijau dengan air panas, lalu diamkan selama satu hari. Setelah keesokan harinya teh akan menjadi basi dan itu tandanya sudah boleh digunakan ke permukaan kulit kepala. Lakukan ini sebelum keramas secara rutin.

7. Daun Seledri



Pada daun saderi terkandung vitamin A, vitamin B, zat besi, natrium, dan kalsium yang boleh menyokong pertumbuhan rambut yang sihat dan kuat serta nampak berkilat. Anda boleh memanfaatkan daun saderi juga pada masalah rambut gugur, caranya dengan mengambil batang saderi seperlunya. Lalu blender bersama sebutir telur kocok. Selepas itu, gunakan untuk mengoles rambut sambil dipijat. Biarkan 15 minit dan bersihkan dengan syampu sehingga rambut wangi. Jangan lupa gunakan kondisioner.

Petua rambut gugur teruk di atas dapat cukup Anda pilih satu sahaja, yang lain sebagai gantinya sahaja bila rawatan yang Anda pilih ternyata kurang memberi hasil. Rambut gugur juga kerap terjadi selepas bersalin, nanti akan Kasih Petua berikan tipsnya di lain waktu.

Cara Nak Elak Rambut Gugur

  1. Sebelum keramas, meluruskan terlebih dahulu rambut dengan sikat agar tidak kusut ketika keramas.
  2. Sehabis keramas, biarkan rambut kering sendiri, lalu disisir pakai sikat bergigi jarang.
  3. Jangan ikat rambut terlalu kencang dan sering.
  4. Rutin memotong hujung rambut agar tidak bercabang dan mencetuskan rambut gugur.
  5. Bantal yang Anda pakai untuk tidur lebih baik menggunakan sarung bantal dari bahan katun.



Bila Anda merasa tidak berjaya melaksanakan petua rambut gugur tadi, boleh jadi ada penyakit yang menyerang Anda. Jumpai doktor secepat mungkin untuk mendapati nasihat terbaik.
Share:

Bekam



Assalammualaikum …
Di sini saya nak kongsikan Rahsia Rawatan Bekam Sunnah.

Apa itu BEKAM ?
Bekam merupakan satu kaedah rawatan mengeluarkan darah kotor melalui sayatan mahupun tusukan jarum bekam (BEKAM DARAH) Dimana dengan kaedah Rawatan Berbekam ini dapat membuang darah kotor yang mati di atas kulit, dimana setiap tiga bulan sel darah yang mengalir di tubuh kita akan mati.

Kenapa Harus Berbekam ?
Dengan kaedah Berbekam, badan menjadi ringan dan mempermudahkan anda untuk beribadat.Insyaallah.
Tiba masanya kita kembali ke SUNNAHTULLAH untuk meningkatkan KEIMANAN diri kita sendiri, kerana TUBUH kita juga mempunyai HAK mendapatkan yang terbaik secara ILLAHIYAH, ALAMIAH dan ILMIAH. Semoga Allah memberkati orang yang berbekam … Insyaallah ..Amin.

Tubuh yang sihat dan otak yang cergas adalah faktor yang penting dalam kehidupan seseorang individu demi melaksanakan tanggungjawap kehidupan mereka. Tetapi jika terlalu banyak toksid akan  menyebabkan  statik darah tidak berjalan lancar.

Keadaan ini sedikit demi sedikit akan menggangu kesihatan fizikal dan mantal seseorang. Akibatnya seseorang itu akan berasa malas, murung, kerap mengeluh kurang sihat, mudah bosan atau selalu merasa tertekan.

Hal ini lebih teruk lagi dimana seseorang akan terganggu emosinya, jika terdapat banyak angina dalam darah yang susah dikeluarkan sehingga perlu mendapatkan rawatan  kejiwaan(MENTAL).
Dengan demikian statik darah perlu dikeluarkan toksid-toksid tersebut dengan cepat agar tubuh kita tidak lemah dan mudah diserang pelbagai penyakit.


Rasullullah S.A.W mengharuskan umatnya berbekam  dalam setiap bulan islam pada 17, 19 dan 21 di Kalendar Hijrah dan tiada halangan untuk membuat rawatan  bekam di hari-hari lain. Hadis Nabi bersabda : Rasullullah S.A.W bersabda “Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan ialah BERBEKAM” Daripada Ibnu Abbas bahawasanya Rasullullah S.A.W pernah bersabda :



Pada malam aku di Isra’Kan, aku melalui sekumpulan malaikat dan mereka berkata kepadaku, “Wahai Muhammad hendaklah engkau berbekam”.


Peralatan BERBEKAM
- Pada zaman Rasullullah S.A.W beliau menggunakan cawan kaca atau mangkuk tinggi.
- Pada Zaman China Kuno menggunakan Rawatan Tanduk.
- Pada Abad Ke 18 orang-orang Eropah menggunakan Lintah dan ada juga menggunakan buluh, kaedah ini memerlukan kaedah vacuum.
- Peralatan bekam yang digunakan sesuai dengan perubahan zaman yang berteknologi tinggi dan diakui oleh para doktor dengan “Kaedah Cup Kaca dan di Ekstrelkan di sinar UV”. Terdapat ramai pengamal bekam di luar sana kurang menitik beratkan dengan kebersihan Cup Bekam yang hanya dicuci dengan bahan pencuci sahaja tanpa di Ekstrelkan.
- Kini Alhamdulillah dengan Izin-Nya Persatuan Pengamal Sunnah Dan Ruqyah (PEBERUM), satu-satunya Persatuan Pengamal Perubatan Berbekam yang menggunakan “Kaedah Pakai Buang”. Dimana cup bekam tidak berkongsi dengan orang lain bertujuan untuk mengelak pengelularan penyakit berjangkit seperti “HIV, Hipatitis B,C” dan lain-lain penyakit.


Copy From : Bekam Utara
Share:

3 cara senaman mata yang boleh anda cuba



Tidak kiralah apa sahaja senaman yang kita buat semuanya bagus untuk kesihatan.

Dan tidak terkecuali untuk semanam mata. Ia bagus untuk menguatkan kesihatan mata seterusnya
 penghilatan kita menjadi semakin jelas, kurang silau dan penghilatan kembali seperti baru.
Cara 1: Senaman Kelip Mata


Berkelip mata selalunya senaman mata yang ramai orang terlepas pandang kerana ia mudah dilakukan serta mampu mengekalkan kesegaran mata dan dapat memberi tumpuan yang lebih panjang.

Cara untuk melakukan senama ini ialah dengan:

§  Setiap 3 - 4 saat, pejamkan mata kita.

§  Lakukan senaman ini selama 2 minit.
Selepas sahaja kita selesai melakukan senaman ini, perhatikan rasa mata kita. Adakah kita rasa mata kita tegang, tenang atau letih?
Sekarang cuba pula kita tidak mengelipkan mata selama 30 saat sekali. Dan lakukan senaman ini selama 2 minit.
Maksudnya, dalam 2 minit tersebut kita hanya boleh mengelip dalam 4 kali.
Adakah kita ada rasa berbeza?
Setiap kali kita mengelip mata kita, kita akan berada dalam kegelapan dalam tempoh singkat yang membantu untuk merehatkan lantas ia mengurangkan ketegangan mata.

Cara 2: Senaman Mata Mengguna Tapak Tangan
Melakukan senaman ini akan mengurangkan rangsangan kepada mata dan otak kita.

Untuk melakukan senaman ini ialah dengan:

1.    Duduk di kerusi dengan selesa. Gosokkan kedua-dua tangan kita bersama-sama sehingga terasa hangat.

2.    Tutup kedua-dua mata kita dan menutupi ia dengan tapak tangan.

3.    Pastikan tiada cahaya yang memasuki melalui jurang antara jari.

4.    Ambil nafas dalam-dalam dan secara perlahan fikir kejadian yang menenangkan seperti di tepi pantai, tasik yang bersih lagi jernih atau gunung.
5.    Ulang senaman ini selama 3 minit atau lebih.


Cara 3: Senaman Fokus Objek yang Jauh dan Dekat
Senaman mata yang paling mudah untuk dilakukan dan boleh buat pada bila-bila masa sahaja.

Cara untuk melakukan senaman ini:

§  Duduk atau berdiri dalam keadaan selesa.

§  Letakkan ibu jari di hadapan kira-kira 10 inci dan beri tumpuan kepada ibu jari tersebut.

§  Sekarang tumpukan pula pada objek lain yang berada dalam 10 - 20 kaki di hadapan kita.

§  Senaman ini hanya mengambil masa 2 atau 3 minit sahaja.

Boleh lihat video di bawah



Selamat mencuba... !!!
Share:

Senaman Mata anda


Saban tahun, bersempena dengan Hari Penglihatan Sedunia yang disambut pada tanggal 8 Oktober adalah bertujuan untuk menerapkan kesedaran mengenai buta dan masalah kejejasan penglihatan.

Ramai yang tidak tahu dan mengambil remeh berkenaan penjagaan deria mata. Bahkan, itulah penyebab utama yang membuatkan seseorang menjadi rabun dan perlu memakai kaca mata atau kanta lekap sebagai bantuan penglihatan.
Seperti mana-mana otot lain yang ada pada tubuh badan kita, mata kita juga memerlukan senaman secara berperingkat agar fungsi kesihatannya juga terjaga.
Disini, Transition mengesyorkan 5 langkah senaman mudah yang bisa anda amalkan agar mata anda dapat berfungsi secara optimal dengan sempurna.
#1 Merenung Kegelapan
Letakkan kedua siku anda di atas meja. Selepas itu, telungkupkan tapak tangan kiri anda diatas mata kiri manakala tapak tangan kanan diatas mata kanan. Pastikan jari-jemari tangan kanan ditindih oleh jari-jemari tangan sebelah kiri. Ikut keselesaan anda. Buka mata sambil renung kedalam kegelapan. Relaks dan kekal pada posisi selama 1-3 minit.
#2 Pergerakan Mata Dari Sisi Ke Sisi
Berdiri atau duduk dengan tegak. Pandang lurus kehadapan. Tanpa menggerakan kepala, biarkan hanya bola mata anda yang bergerak ke kiri. Gerakan sehingga hujung dan fokus kepada objek yang anda lihat. Lakukan pergerakan yang sama dari sisi ke sisi sebanyak lima (5) kali. Ulang kitaran pergerakan tiga (3) kali.
#3 Pergerakan Mata Keatas & Kebawah
Duduk dalam posisi yang tegak dan selesa. Pandang lurus kehadapan. Setelah itu, sila pandang keatas dan fokus apa yang ada lihat. Jangan dongak kepala anda, biar bola mata sahaja yang bergerak. Sekarang, pandang kebawah pula. Jangan takut untuk membiarkan dahi anda berkedut atau berkerut seketika kerana senaman ini adalah baik untuk mata anda. Pandang keatas dan kebawah selama lima (5) minit. Ulang kitaran senaman ini sebanyak tiga (3) kali.
#4 Gerakan Mata Anda Secara Menyerong
Lagi sekali, pandang lurus kehadapan. Pandang kebawah dan gerakkan perlahan-lahan bola mata anda kesebelah kiri. Setelah itu, gerakan pula bola mata anda keatas dan ke kiri. Fokus kepada apa yang anda lihat. Ulang senaman ini sebanyak lima (5) kali, dan pandang semula kehadapan semula sebelum anda beralih kepada mata sebelah kanan pula. Ulang kitaran pergerakan senaman sebanyak tiga (3) kali.
#5 Pergerakan Putaran Bulat Untuk Mata
Duduk tegak dan selesa. Pandang ke sebelah kiri dan gerakan bola mata anda dalam arah putaran bulat mengikut arah putaran jam. Untuk lakukan ini, pandang keatas dan perlahan-lahan gerakan mata anda kearah putaran jam dan pandang pula kebawah, gerakan mata anda sama seperti tadi (mengikut arah putaran jam) dan terus pandang ke kanan. Lakukan pusingan bola mata mengikut arah jam sebanyak lima (5) kali dan pusingan melawan arah jam juga sebanayk (lima) 5 kali. Ulang kitaran pergerakan senaman ini sebanyak tiga (3) kali.
Kongsi ilmu senaman ini bersama keluarga dan kenalan anda agar kita sama-sama dapat menjaga kesihatan mata!
Selamat Mencuba!


Share:

Video

Jarum bekam

Tilam untuk masalah sakit belakang

Improve Eyesight Better Vision Therapy

Total Pageviews